Thursday, May 29, 2008

EZAM nasi atau bubur

minggu nie tengah hot isu EZAM bekas org kuat PKR umum nak masuk UMNO...yang herannya TM yang ceredik kluarq parti tp ada lagi manusia yang dok angkat dan junjung Paklah, siap bangga dengan pencapaian Paklah dalam menentang rasuah. Dalam pada tu juga ex-umno ada terdengar yang MT UMNO kena mesyuarat dulu sblom menerima kemasukan semula ezam yang dulu penah kluak parti. tp ex-UMNO rasa benda kluarq masuk parti nie dah biasa bagi Paklah dan sekutunya. takkan hampa lupa dulu Paklah pernah bersama-sama semangat 46 dan pernah menentang UMNO, apa jadi pada depa kemudiannya dahla kalah teruk paihtu lari balik masuk UMNO, kira paklah dan sekutunya nie patutnya kena ingat jasa baik Tun ambik balik depa semua, bagi pangkat dan jawatan. macam tulah dengan Ezam dan tak mustahil Ezam juga ada agenda tersendiri dalam mencapai cita-cita politik dia, mungkinkah sejarah akan berulang yang mana pertualang bangkit dari kegagalan. meh kita pakat pikiark Ezam nie nasi atau bubur?

Wednesday, May 28, 2008

Pengaruh Dr M besar di Kedah

Ramai ahli Umno di Jerlun mahu keluar dari parti itu sebagai menyokong tindakan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang meninggalkan parti itu 18 Mei lalu, kata seorang ketua Umno cawangan di bahagian tersebut.

mahathir touchdown in subang meet supporters 270508 loud speakerBagaimanapun, Ketua Umno cawangan Kampung Masjid Kuala Sanglang, Jerlun, Rosli Abdul Ghani berkata, pemimpin di peringkat cawangan mengambil keputusan menasihatkan ahli-ahli akar umbi supaya tidak berbuat demikian.

Beliau mendedahkan perkara itu ketika ditemui semasa menyambut kepulangan Dr Mahathir di lapangan terbang Subang, petang semalam

"Pengaruh Tun sangat besar di Kedah termasuk di Jerlun. Bila dia keluar, orang ramai semua hendak ikut.

"Tetapi saya dan ketua-ketua cawangan Umno yang lain meminta mereka tidak berbuat demikian kerana kita semua sayangkan parti," katanya.

"Bagaimanapun, jika keadaan Umno sekarang berterusan, tentu sukar untuk kami menghalang mereka daripada meninggalkan Umno," katanya.

mahathir touchdown in subang meet supporters 270508 02Rosli berkata, beliau yang menguruskan kehadiran seramai 125 ketua, setiausaha dan ahli Umno di Jerlun untuk menyambut kepulangan Dr Mahathir semalam.

Sayangkan parti

Katanya, beliau dan ketua-ketua cawangan Umno yang lain menyokong sebarang usaha untuk memulihkan Umno supaya kembali memerintah negara.

"Tiada ahli Umno yang tidak sayang parti tetapi apa yang berlaku dalam Umno sekarang menyebabkan mereka malu," katanya lagi.

Menurut Rosli, ahli-ahli Umno di Jerlun akan mengadakan perjumpaan besar-besaran dengan Datuk Mukhriz Mahathir yang juga ahli Parlimen Jerlun sebagai tanda sokongan kepada beliau.

Sementara itu, ahli Umno Kampung Kuala Sanglang Husin Yusof berkata, orang Melayu di Kedah masih sayangkan Dr Mahathir walaupun beliau telah keluar dari Umno.

Katanya, di mana-mana sahaja di pekan Jerlun, ahli-ahli Umno masih bercakap mengenai tindakan dr Mahathir keluar dari parti.

Menurutnya, adalah silap bagi sesiapa untuk merendah-rendahkan pengaruh Dr Mahathir di Kedah.

"Masih ramai lagi penyokong setia Dr Mahathir dan kerana itu kami marah jika ada pihak yang membuat Tun seperti sekarang ini," katanya lagi.

** petikan dari malaysia kini

Monday, May 26, 2008

Undur Bukan Beerti Noktah

Aku teringat kata-kata Tun, dia akan kembali berjuang dalam UMNO jika Pak Lah yang tak berapa nak ceredik tu turun, depa dok tuduh TUN sebagai duri dalam daging, heran sungguh aku pasai apa la depa dok hina seorang pejuang Melayu yang selama ini mengorbankan masa dan tenaga dia untuk kepentingan Melayu. Tak paham kenapa ada orang yang disanjung semasa pemerintahannya tp dipandang bagai pengemis yang mahukan belas ikhsan, kesian Tun. Tapi takpa pengaruh PakLah pon makin hari makin goyah..tengok saja lanie macam macam kes yang berlaku kat malaysia,, pulau batu putih kalau kita lihat dari segi logik akal mmg sahih milik kita pon kena kecoh ngan singapore...apa yang boleh PakLah buat...buat dont'know ja lah...harini kita tengok projek mega landasan keretapi yang nak dibagi kat kroni adik bradik dia...apalah yang dia tau cuma angkat tangan tunjuk langit dan penuh megah mengatakan dia ada kuasa...langsung tak nampak macam pejuang bangsa..

Pengumuman Keluar Dari UMNO

Hari ini, Mei 19, 2008 saya mengumumkan keputusan saya untuk keluar daripada UMNO. Isteri saya turut bersama.

Keputusan ini dibuat kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuh 62 tahun dahulu yang berjuang untuk bangsa Melayu, Agama Islam dan Negara Malaysia (Malaya); UMNO yang menggagalkan Malayan Union, memperjuangkan kemerdekaan Malaya dan Malaysia dan membangunkan Malaysia sehingga menjadi Negara yang termaju di antara Negara membangun di dunia.

UMNO yang ada sekarang hanya wujud untuk menyokong Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, keluarganya dan tindakan serta dasar yang tidak secocok dengan kepentingan bangsa, agama dan negara.


Kepimpinan Dato Seri Abdullah jelas membawa kekalahan dan bencana kepada Barisan Nasional, UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Kemenangan UMNO di Sabah dan BN di Sarawak bukan kerana kepimpinan Dato Seri Abdullah.

Saya akan jelas satu persatu dasar-dasar dan tindakan Dato Seri Abdullah yang menjadikan Kerajaan pimpinannya dan parti BN dibenci oleh ahli-ahli parti komponen sendiri.

Walaupun sebelum perisytiharan ini saya adalah ahli UMNO tetapi sebenarnya selepas saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri saya tidak dilayan sebagai ahli UMNO.

Saya tidak dibenarkan berjumpa ahli UMNO dan ahli UMNO tidak dibenarkan hadir apa-apa perhimpunan di mana saya dijemput sebagai jurucakap atau penyampai ucapan.

Menteri-Menteri yang dahulu berada dalam Kabinet saya tidak dibenarkan atau tidak berani atau tidak mahu jumpa saya lagi.

Jemputan oleh UMNO dan bukan UMNO kepada saya diarah ditarik balik oleh Mneteri Besar dan Polis.

Ramai pemimpin UMNO melepaskan kata-kata kesat kepada saya dan ada yang menyuruh saya keluar daripada UMNO walaupun mereka baru sahaja masuk UMNO. Tidak ada pemimpin UMNO yang pertahankan saya secara terbuka.

Wakil ke Perhimpunan Agong tidak dibenarkan menyuara pendapat mereka. Mulut semua orang ditutup.

Yang didengar hanyalah media arus perdana yang memuji Dato Seri Abdullah sehingga dia percaya dia begitu popular dan akan sapu bersih parti lawan dalam pilihanraya umum ke-12.

Hasilnya ialah kekalahan yang teruk bagi Barisan Nasional. Malangnya mesej yang hendak disampaikan oleh pengundi dan penyokong BN tidak dapat difahami oleh Dato Seri Abdullah.

Dia masih berkata dia menang. Ini sukar diterima oleh orang Kedah, orang Pulau Pinang, orang Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Oleh kerana Dato Seri Abdullah buta mata dan pekak telinga dan tidak faham mesej ahli BN, oleh kerana ahli UMNO pun turut bersama, oleh kerana proses demokrasi tidak berjalan, oleh kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuhkan 62 tahun dahulu, saya berpendapat penyertaan saya sebagai ahli UMNO tidak bermakna dan tidak berguna lagi.

Justeru itu saya ingin umumkan bahawa saya sudah keluar daripada UMNO.

Saya ingin tegaskan bahawa saya bebas dan tidak menyokong mana-mana parti lawan.

Saya akan pohon untuk masuk UMNO apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah berhenti daripada menjadi Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia.

Dr Mahathir bin Mohamad (bekas ahli UMNO No 1)
Dr Siti Hasmah binti Mohd Ali (bekas ahli UMNO No 2)
**ihsan dari chedet.com