Wednesday, May 28, 2008

Pengaruh Dr M besar di Kedah

Ramai ahli Umno di Jerlun mahu keluar dari parti itu sebagai menyokong tindakan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang meninggalkan parti itu 18 Mei lalu, kata seorang ketua Umno cawangan di bahagian tersebut.

mahathir touchdown in subang meet supporters 270508 loud speakerBagaimanapun, Ketua Umno cawangan Kampung Masjid Kuala Sanglang, Jerlun, Rosli Abdul Ghani berkata, pemimpin di peringkat cawangan mengambil keputusan menasihatkan ahli-ahli akar umbi supaya tidak berbuat demikian.

Beliau mendedahkan perkara itu ketika ditemui semasa menyambut kepulangan Dr Mahathir di lapangan terbang Subang, petang semalam

"Pengaruh Tun sangat besar di Kedah termasuk di Jerlun. Bila dia keluar, orang ramai semua hendak ikut.

"Tetapi saya dan ketua-ketua cawangan Umno yang lain meminta mereka tidak berbuat demikian kerana kita semua sayangkan parti," katanya.

"Bagaimanapun, jika keadaan Umno sekarang berterusan, tentu sukar untuk kami menghalang mereka daripada meninggalkan Umno," katanya.

mahathir touchdown in subang meet supporters 270508 02Rosli berkata, beliau yang menguruskan kehadiran seramai 125 ketua, setiausaha dan ahli Umno di Jerlun untuk menyambut kepulangan Dr Mahathir semalam.

Sayangkan parti

Katanya, beliau dan ketua-ketua cawangan Umno yang lain menyokong sebarang usaha untuk memulihkan Umno supaya kembali memerintah negara.

"Tiada ahli Umno yang tidak sayang parti tetapi apa yang berlaku dalam Umno sekarang menyebabkan mereka malu," katanya lagi.

Menurut Rosli, ahli-ahli Umno di Jerlun akan mengadakan perjumpaan besar-besaran dengan Datuk Mukhriz Mahathir yang juga ahli Parlimen Jerlun sebagai tanda sokongan kepada beliau.

Sementara itu, ahli Umno Kampung Kuala Sanglang Husin Yusof berkata, orang Melayu di Kedah masih sayangkan Dr Mahathir walaupun beliau telah keluar dari Umno.

Katanya, di mana-mana sahaja di pekan Jerlun, ahli-ahli Umno masih bercakap mengenai tindakan dr Mahathir keluar dari parti.

Menurutnya, adalah silap bagi sesiapa untuk merendah-rendahkan pengaruh Dr Mahathir di Kedah.

"Masih ramai lagi penyokong setia Dr Mahathir dan kerana itu kami marah jika ada pihak yang membuat Tun seperti sekarang ini," katanya lagi.

** petikan dari malaysia kini

3 comments:

LANKOLA said...

undur pasai orang dh tak mau kot?sama ja,mcm tu jugak dimasa pemerintahan kuku besinya dulu.

aku_aku said...

aslanoka....

Memang pun Tun berundur pasai orang dah tak mau. Tapi bukan tak mau kat dia. Yang Tun dok gaduh tu pasai orang tak mau kat UMNO termasuk ahli UMNO sendiri. Tun berundur atas prinsip dan cara untuk menyelamatkan satu parti yang menjadi wadah perjuangan orang Melayu.

Kalau dia bertindak cara kuku besi pun, apa kesusahan yang kita tanggung berbanding pemerintahan yang tak ada kuku sekarang ni. Kerana 'kuku besi' itulah Samy Vellu dan puak-puak dalam MCA tak berani nak kucai ikut suka depa. Kerana 'kuku besi' itu jugalah menteri-menteri tak bertikam sesama sendiri. Kerana 'kuku besi' itulah BN terus berjaya mengekalkan kerusi 2/3 di parlimen. Dan kerana 'kuku besi' itu jugalah Malaysia dikagumi oleh negara luar.

LANKOLA said...

aku_aku....

la ni pun dunia luaq kagum apa kat kita,kita ada akta ISA yang boleh menahan org tanpa perlu di hakimi.
Kita ada Anwar yang menjadi pengerusi sebuah tabung masa depan peringkat antarabangsa yang ada kena mengena dengan orang kuat AS yang menyerang Afganistan dan Iraq.
Kita ada Islam Hadhari yang nampaknya akan tinggal dalam kenangan..........