Monday, May 26, 2008

Undur Bukan Beerti Noktah

Aku teringat kata-kata Tun, dia akan kembali berjuang dalam UMNO jika Pak Lah yang tak berapa nak ceredik tu turun, depa dok tuduh TUN sebagai duri dalam daging, heran sungguh aku pasai apa la depa dok hina seorang pejuang Melayu yang selama ini mengorbankan masa dan tenaga dia untuk kepentingan Melayu. Tak paham kenapa ada orang yang disanjung semasa pemerintahannya tp dipandang bagai pengemis yang mahukan belas ikhsan, kesian Tun. Tapi takpa pengaruh PakLah pon makin hari makin goyah..tengok saja lanie macam macam kes yang berlaku kat malaysia,, pulau batu putih kalau kita lihat dari segi logik akal mmg sahih milik kita pon kena kecoh ngan singapore...apa yang boleh PakLah buat...buat dont'know ja lah...harini kita tengok projek mega landasan keretapi yang nak dibagi kat kroni adik bradik dia...apalah yang dia tau cuma angkat tangan tunjuk langit dan penuh megah mengatakan dia ada kuasa...langsung tak nampak macam pejuang bangsa..

1 comment:

ojisan said...

Salam Bro,

Krisis akan menghakis sokongan kepada pemimpin tetapi dalam krisis yang di hadapi oleh Dr Mahathir, lazimnya legitimasi semakin memperkukuhkan kedudukan politiknya.

Adalah pelik secara logiknya saya berpendapat sedemikian kerana umum telah mengetahui yang umurnya telah menjangkau 83 tahun.Apa yang boleh di lakukan oleh beliau dengan faktor umur yang telah lanjut.Kemustahilan ini yang menjadi daya pengerak kepada saya untuk percaya kepada tindakan Dr Mahathir.Apa yang mustahil kepada kita menjadi tidak mustahil kepada beliau.

Langkah berani lagi bertanggungjawab kepada diri sendiri menjadi pendorong penting tindakan keluar parti darinya.Masakan beliau tidak sayangkan parti dan bangsa dengan bertindak sedemikian.Langkah dan mempunyai hala tuju yang jelas inilah, yang membuatkan rakyat tetap memberi sokongan kepada beliau.Tahap konsistensi tinggi dalam mempertahankan hujah serta tindakanya telah berjaya membuahkan hasil kepada negara Malaysia.Segala perancangan serta implimentasi menjadikan negara ini di kenali di seluruh dunia.Hanya yang buta dan pekak deria sahaja yang enggan mengaku akan perubahan yang di bawa oleh beliau.

Oleh yang demikian saya turut berpendirian seperti saudara bahawa undurnya beliau bukan beerti satu nokhtah perjuangan baginya.

Hidup perjuangan ALIF BA TA !!!